KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DALAM TEKNOLOGI IR 4.0

 


Kebaikan

Keburukan

Meningkatkan produktiviti di dalam kehidupan dan persekitaran. Seperti contoh perkongsian data mudah dilakukan di antara individu dengan individu lain dan ini sangat membantu dalam sesebuah organisasi khususnya bagi melaksanakan sesuatu tugasan yang perlu dilakukan tanpa interaksi secara langsung. Selain itu penggunaan revolusi seperti cloud computering boleh digunakan sebagai tempat untuk melakukan back up data penting di mana data tersebut boleh diakses pada bila-bila masa dan menjimatkan tenaga.

 

Peningkatatan masalah pengangguran akan berlaku jika penggunaan revolusi indsustri ini digunakan bagi semua syarikat dan organisasi. Hal ini dapat dilihat yang mana penggunaan robot dan mesin bagi menggantikan kerja mampu menghasilkan kerja yang lebih produktif. Revolusi teknologi ini akan mengakibatkan lebih 75 juta tenaga kerja akan digantikan dengan penggunaan robot dan mesin sekitar tahun 2030. Walaupun peluang pekerjaan dibuka namun tenaga kerja tidak mampu untuk menandingi kemahiran robot dan mesin seterusnya akan menjejaskan peluang pekerjaan bagi mereka yang kurang berkemahiran. Hal ini turut menyebabkan mereka akan kehilangan kerja dan menyebabkan pengangguran. Kebanyakkan sektor ekonomi pada masa kini mula menjadikan robot dan mesin sebagai keutamaan mereka dalam melakukan pekerjaan sebagai contoh kilang pemprosesan makanan segera menggunakan mesin dalam menghasilkan makanan yang mana pemprosesan akan dilakukan dengan lebih cepat dalam kuantiti yang banyak.

Proses pekerjaan menjadi lebih efektif dan efisyen kerana perkembangan teknologi baharu. Penggunaan robot serta mesin akan menjadikan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah serta cepat dan cekap. Selain itu, penggunaan mesin serta robot ini dapat meningkatkan  produktiviti pembuatan serta pengeluaran di antara industri kecil atau besar sesebuah negara.Ia juga dapat memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi hasil daripada pengeluaran sesebuah produk yang dikeluarkan lebih berkualiti dan lebih bersistematik mengikut jadual dan waktu pengeluaran yang ditetapkan.

 

Pencerobohan privasi akan berlaku jika revolusi industri ini memainkan peranan yang utama.  Pencerobohan  berlaku apabila maklumat penting seperti contoh maklumat diri digunakan oleh pihak lain tanpa kebenaran. Namun dengan revolusi ini segala data yang telah disimpan dalam penstoran data iaitu maklumat-maklumat penting ini boleh diakses oleh penggodam internet. Kebiasaan pencerobohan privasi ini berlaku apabila pelanggan menggunakan aplikasi yang disediakan bagi menggunakan perkhidmatan perhubungan yang baru. Seterusnya syarikat yang menawarkan penggunaan aplikasi ini akan menganalisa setiap perincian data pengguna. Data yang disimpan ini adalah tidak terlalu selamat kerana boleh berlaku kecurian identiti atau data peribadi tersebar jika ada pihak yang tidak berautoriti berjaya mengakases kepada maklumat data tersebut. Penyebaran ini akan menyebabkan privasi pelanggan akan tersebar kerana ada yang menyalahgunakan maklumat bagi tujuan yang tidak baik.

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

CABARAN REVOLUSI INDUSTRY 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/ PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA.