CABARAN REVOLUSI INDUSTRY 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/ PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA.

 


Antara cabaran yang dihadapi oleh sektor swasta di dalam bidang pembuatan mahupun pengilang adalah kekurangan tenaga mahir. Keadaan ini disebabkan oleh penggunaan robot yang telah menggantikan tenaga manusia kepada mesin. Apabila wujudnya masalah kerosakan robot ataupun sistem offline, telah memberikan kesan kepada pekerja di mana kemahiran pekerja tidak dilatih,semata -mata menggunakan robot bagi menjalankan operasi. Keadaan ini telah memberikan kesan negatif kepada industri di mana memerlukan masa yang panjang dan kos yang tinggi bagi melatih pekerja.

Selain daripada itu, ancaman lain yang dihadapi adalah perlu berhadapan dengan ancaman keselamatan siber. Kecanggihan teknologi dan kepakaran yang dimiliki telah menyebabkan kesukaran bagi menyelaras organisasi.

 Penggunaan Internet of Things (IoT) secara meluas telah menyebabkan maklumat lebih terdedah. Selain daripada itu, struktur IoT yang lemah juga telah menyebabkan kebocoran data dan bakal menjadi ancaman kepada penggodam, iaitu Serangan The Wannancry Ransoware (2017).

Seterusnya bagi sektor kerajaan di Malaysia, cabaran yang dihadapi adalah apabila wujudnya revolusi industry 4.0 ini telah menyebabkan perkhidmatan tertentu terutama di dalam sektor perkhidmatan awam tidak lagi digunakan secara manual. Keadaan ini berlaku apabila jawatan-jawatan tersebut tidak diisi dan menyebabkan akan ada kekurangan jawatan disebabkan oleh penggunaan mesin yang berteknologi tinggi.

Comments

Popular posts from this blog