BAGAIMANA MEMBANGUNKAN BLOG/ WEBSITE?
APAKAH ITU BLOG?
Pada amnya, blog web atau
blog (kata lakur
dari pada perkataan Inggerisnya
‘weblog’) merupakan diari peribadi,
ruang kolaboratif, saluran
berita terkini dan
koleksi pautan kepada memo-memo
pandangan peribadi anda
untuk tatapan umum.
Pendek kata, blog anda
boleh menjadi apa-apa
sahaja yang anda
inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis
blog, dan tiada
peraturan yang tetap
mengenainya. Ringkasnya, blog
ialah satu laman web
untuk anda membuat
catatan secara berterusan.
Perkara baharu dipaparkan pada
bahagian paling atas
agar pelawat boleh
membaca catatan terkini. Kemudian mereka
boleh memberi komen
terhadap entri anda,
membuat pautan kepadanya atau
menghantar e-mel kepada
anda. Dalam bidang
pendidikan, blog digunakan bagi
memenuhi pelbagai bentuk
keperluan komunikasi untuk
membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007).
KELEBIHAN BLOG/ WEBSITE
Menurut Susana
dan Sergio (2007), blog mempunyai beberapa kelebihan:
1. Ia mudah untuk di bina dan diselenggara
berbanding dengan teknologi yang lain.
2. Lebih
mudah untuk memaparkan
semua jenis sumber
maklumat (teks, imej, video,
dsb.) ke Internet
menggunakan blog jika
dibandingkan dengan penerbitan
web tradisional.
3. Ia
membolehkan penerbitan segera
dengan hanya satu
klik, mudah untuk dibina
dan diselenggara berbanding dengan
laman web biasa yang memerlukan banyak masa,
usaha, dan pengetahuan
reka bentuk laman
web (HTML, CSS, JavaScript).
4. Ia boleh dikemas kini dengan mudah dari
mana-mana sahaja tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan
sebagainya.
5. Ia
berupaya merangkumi pembaca
yang lebih ramai
tanpa kehilangan kualiti maklumat dan
membenarkan pelbagai tahap
perincian maklumat. Ia membolehkan keseimbangan antara jangkauan
dengan kekayaan maklumat.
6. Maklumat
yang disiarkan di
blog boleh didapatkan
secara 24/7 (pada bila-bila masa dan di mana-mana jua).
7. Tiada
perisian blog tertentu
yang di perlukan untuk
membina blog. Sesetengh penulis blog
(blogger) menggunakan HTML
ringkas untuk membina
blog mereka. Walau bagaimanapun,
kebanyakan perisian blog
membolehkan seseorang itu membina
dan menyelenggara blog
tanpa memerlukan pengetahuan HTML.
8. Pelbagai teknologi lain boleh digunakan bersama blog. Contohnya, penggunaan Wiki yang membolehkan penulisan secara berkumpulan dan perkongsian pengetahuan (seperti pembinaan glosari).
TUTORIAL MEMBANGUNKAN BLOG
Taip Google.Com dan taip blogspot
Comments
Post a Comment