PENGENALAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

 


Menurut Arman, Morrar & Mousa, 2017, sesebuah proses pembangunan teknologi dalam sesebuah industri yang melibatkan sektor pengeluaran serta automasi ke tahap yang lebih pintar dan sistematik adalah merupakan sebuah revolusi digital yang mana ia diklasifikasikan bagi revolusi Industri 4.0. Selain itu, “Smart Factory” juga boleh dikenali sebagai proses peralihan industri yang lebih fleksibel dan jugak sistematik setelah setiap sistem tersebut telah diimplementasikan untuk memastikan ia mampu menjadi suatu sistem yang fleksibel dan sistematik. Selain daripada itu, ia juga dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru yang lebih mencabar.

Namun yang demikian, berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh salah seorang Pensyarah  iaitu Profesor Bersekutu Dr Sawal Hamid Md Ali yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuteraan Elektrik dan sistem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  revolusi ini juga boleh dihujahkan mengenai sebuah sistem dan juga sebagai sistem siber-fizikal dimana ia seperti manusia melalui internet dengan cara ia menghubungkan dunia digital dengan sistem biologi supaya sistem yang digunakan itu mampu memhubungkan antara satu sama lain dan beliau juga berpendapat bahawa manusia dan elektronik mempunyai hubungan dua hala yang boleh menghubungkan di antara mereka. Selain daripada itu, revolusi ini jugak dapat dilihat melalui penciptaan sebuah telefon pintar, serta TV pintar, mahupun rumah pintar yang terdapat di pasaran kini.

Dengan wujudnya penggunaan trend ini, ia sedikit sebanyak telah mengubah bidang kehidupan manusia termasuklah dari segi ekonomi, serta dunia pekerjaan dan mahupun gaya itu sendiri. Secara ringkasnya, revolusi perindustrian 4.0 ini dapat menghubungkan pelbagai bidang kehidupan manusia melalui teknologi yang lebih pintar.

Melalui revolusi industri 4.0 ini juga telah membawa banyak perubahan dimana industri akan lebih padat dan efisien. Namun begitu, risiko akan timbul disebabkan oleh penggantian dalam penggunaan mesin ataupun robot yang boleh mendatangkan pengurangan kepada sumber manusia.


































Comments

Popular posts from this blog

CABARAN REVOLUSI INDUSTRY 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/ PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA.